Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يُغَطِّيَنَّ أَحَدُكُمْ لِحيَتَهُ فِي الصَّلَاةِ؛ فَإِنَّ اللِّحْيَةَ مِنَ الْوَجْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah salah seorang daripada kalian menutup janggutnya ketika solat, kerana sesungguhnya janggut adalah sebahagian daripada wajah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 330-331, hadis no. 1737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر- رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ((لا يغطين أحدكم لحيته في الصلاة؛ فإن اللحية من الوجه)). [فر، ((الضعيفة)) (5754)].
(Daif) Daripada Ibn Umar RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kalian menutup janggutnya ketika solat, kerana sesungguhnya janggut adalah sebahagian daripada wajah.” [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5754].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman