Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يموتنَّ أحدُكم إلَّا وهو يُحسِنُ باللهِ الظَّنَّ؛ فإنَّ قومًا قد أرْدَاهم سوءُ ظنِّهم باللهِ -عزَّ وجلَّ-، [فقال اللهُ - تعالَى -]: {وَذَلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ}.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah salah seorang daripada kalian meninggal dunia melainkan ia bersangka baik kepada Allah SWT. Kerana sesungguhnya terdapat kaum ditimpakan (musibah) kerana sangkaan buruk mereka terhadap Allah SWT. [Maka Allah SWT berfirman]: {Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi}.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 529, hadis no. 2805.
(منکر بهذا السياق) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن بالله الظن؛ فإن قوما قد أرداهم سوء ظنهم بالله -عز وجل- [فقال الله – تعالى -]: {وَذَٰلِكُمۡ ظَنُّكُمُ ٱلَّذِي ظَنَنتُم بِرَبِّكُمۡ أَرۡدَىٰكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم مِّنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ}». [(حم، والضعيفة، (5831)].
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Jābir RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kalian meninggal dunia melainkan ia bersangka baik kepada Allah SWT. Kerana sesungguhnya terdapat kaum ditimpakan (musibah) kerana sangkaan buruk mereka terhadap Allah SWT. [Maka Allah SWT berfirman]: {Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi}”.” [Riwayat Aḥmad ibn Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5831].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman