Janganlah salah seorang daripada kalian meninggal dunia melainkan dia bersangka baik kepada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن بالله الظن؛ فإن قوما قد أرداهم سوء ظنهم بالله -عز وجل- [فقال الله – تعالى -]: {وَذَٰلِكُمۡ ظَنُّكُمُ ٱلَّذِي ظَنَنتُم بِرَبِّكُمۡ أَرۡدَىٰكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم مِّنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah salah seorang daripada kalian meninggal dunia melainkan dia bersangka baik kepada Allah. Kerana sesungguhnya terdapat kaum ditimpakan (musibah) kerana sangkaan buruk mereka terhadap Allah azzawajalla. [Allah taala berfirman]: {Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi}.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 529, hadis nombor 2805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر بهذا السياق) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن بالله الظن؛ فإن قوما قد أرداهم سوء ظنهم بالله -عز وجل- [فقال الله – تعالى -]: {وَذَٰلِكُمۡ ظَنُّكُمُ ٱلَّذِي ظَنَنتُم بِرَبِّكُمۡ أَرۡدَىٰكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم مِّنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ}».
[حم، والضعيفة، (5831)].

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang daripada kalian meninggal dunia melainkan dia bersangka baik kepada Allah. Kerana sesungguhnya terdapat kaum ditimpakan (musibah) kerana sangkaan buruk mereka terhadap Allah azzawajalla. [Allah taala berfirman]: {Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi}.
[Riwayat Aḥmad Ibn Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5831]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.