TEKS BAHASA ARAB
حديث: لا ينكح النساء إلا الأكفاء ولا يزوجهن إلا الأولياء ولا مهر دون عشرة دراهم"
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Janganlah menikahi para wanita melainkan yang sekufu, janganlah mengahwinkan mereka melainkan wali, tiada mahar di bawah 10 dirham.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 124, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن جابر مرفوعا وفي إسناده: مبشر بن عبيد قال أحمد: كذاب يضع الحديث.
وقد أخرجه الدارقطني في سننه وقال: مبشر متروك وأخرجه أيضا البيهقي من طريقه
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Mubassyir bin Ubaid. Ahmad berkata: “Dia adalah pendusta, mencipta hadith”. Al-Daraqutni meriwayatkan di dalam kitab Sunannya dan berkata: “Mubassyir dihukum matruk”, al-Baihaqi juga turut meriwayatkan hadith ini melalui jalan periwayatannya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.