Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah menikahi para wanita melainkan yang sekufu

Teks Bahasa Arab

حديث: لا ينكح النساء إلا الأكفاء ولا يزوجهن إلا الأولياء ولا مهر دون عشرة دراهم"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Janganlah menikahi para wanita melainkan yang sekufu, janganlah mengahwinkan mereka melainkan wali, tiada mahar di bawah 10 dirham

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 124, hadis no. 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن جابر مرفوعا وفي إسناده: مبشر بن عبيد قال أحمد: كذاب يضع الحديث. وقد أخرجه الدارقطني في سننه وقال: مبشر متروك وأخرجه أيضا البيهقي من طريقه

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Mubassyir bin Ubaid. Ahmad berkata: “Dia adalah pendusta, mencipta hadith”. Al-Daraqutni meriwayatkan di dalam kitab Sunannya dan berkata: “Mubassyir dihukum matruk”, al-Baihaqi juga turut meriwayatkan hadith ini melalui jalan periwayatannya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.