Janganlah melaungkan azan untuk kalian sesiapa yang mengidghamkan huruf ha simpul

TEKS BAHASA ARAB

لا يؤذن لكم من يدغم الهاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah melaungkan azan untuk kalian sesiapa yang mengidghamkan huruf ha simpul.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 330, hadis nombor 1736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ((لا يؤذن لكم من يدغم الهاء)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، تمام، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (5798)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Janganlah melaungkan azan untuk kalian sesiapa yang mengidghamkan huruf ha simpul.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afaa’, Tamam dalam al-Fawa’id dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5798].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.