Janganlah makan bawang yang mentah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تأكلوا البصل النيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah makan bawang yang mentah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 418, hadis nombor 2253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عقبة بن عامر الجهاني – رضي الله عنه – يقول: إن رسول الله ﷺ قال لأصحابه: «لا تأكلوا البصل»، ثم قال كلمة خفية: «النيء». [هـ، «الضعيفة» (5237)].

(Lemah) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda kepada para sahabat baginda: "Janganlah makan bawang". Kemudian baginda bersabda dengan perlahan: "yang mentah". [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5237].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.