Janganlah kamu ziarah sesiapa yang sakit dalam kalangan Majusi

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل أمة مجوسا ومجوس هذه الأمة الذين يقولون: لا قدر، فمن مرض منهم؛ فلا تعودوه، ومن مات منهم؛ فلا تشهدوه، وهم شيعة الدجال، حقا على الله عز وجل أن يلحقهم به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap umat itu ada Majusi, Majusi bagi umat ini adalah orang yang berkata: Tidak ada qadar (takdir), maka sesiapa yang sakit dalam kalangan mereka; Janganlah kamu ziarahinya dan sesiapa yang meninggal dalam kalangan mereka; Maka janganlah kamu melawatinya, mereka adalah pengikut al-Dajjal, menjadi hak kepada Allah ‘azza wa jalla meletakkan mereka bersama al-Dajjal.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1365, hadis nombor 6958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام)
عن حذيفة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لكل أمة مجوسا ومجوس هذه الأمة الذين يقولون: لا قدر فمن مرض منهم فلا تعودوه ومن مات منهم فلا تشهدوه وهم شيعة الدجال حقا على الله عز وجل أن يلحقهم به.
[د، حم، ابن أبي عاصم، ((الضعيفة)) (5714)]

(Munkar dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Huzaifah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi setiap umat itu ada Majusi, Majusi bagi umat ini adalah orang yang berkata: Tidak ada qadar (takdir), maka sesiapa yang sakit dalam kalangan mereka; Janganlah kamu ziarahinya dan sesiapa yang meninggal dalam kalangan mereka; Maka janganlah kamu melawatinya, mereka adalah pengikut al-Dajjal, menjadi hak kepada Allah ‘azza wa jalla meletakkan mereka bersama al-Dajjal.
[Riwayat Abu Dawud, Ahmad dalam al-Musnad, Ibn Abu 'Asim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5714]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs