Janganlah kamu tinggal di kufūr

TEKS BAHASA ARAB

لا تسكن الكفور؛ فإن ساكن الكفور كساكن القبور. ولا تأمرن على عشرة؛ فإنه من تأمر على عشرة جاء يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه؛ فكه الحق أو أوبقه الجور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu tinggal di kufūr (tempat yang jauh dari pemukiman). Maka sesungguhnya penghuni kufūr adalah seperti penghuni kubur. Dan janganlah kamu menjadi pemimpin pada 10 orang. Sesungguhnya sesiapa yang menguasai ke atas 10 orang pun, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya tergantung ke tengkuknya. Sama ada hak (keadilan) akan melepaskannya atau kezaliman akan mengikatnya.

STATUS

Palsu Pada Perenggan Kedua

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 93, hadis nombor 476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع الشطر الثاني)
عن ثوبان – رضي الله عنه – مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم مرفوعا: لا تسكن الكفور؛ فإن ساكن الكفور كساكن القبور. ولا تأمرن على عشرة؛ فإنه من تأمر على عشرة جاء يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه؛ فكه الحق أو أوبقه الجور.
[عد، هب، ((الضعيفة)) (4783)]

(Palsu Pada Perenggan Kedua)
Daripada Thawbān RA Mawlā kepada Rasulullah SAW secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Janganlah kamu tinggal di kufūr (tempat yang jauh dari pemukiman). Maka sesungguhnya penghuni kufūr adalah seperti penghuni kubur. Dan janganlah kamu menjadi pemimpin pada 10 orang. Sesungguhnya sesiapa yang menguasai ke atas 10 orang pun, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya tergantung ke tengkuknya. Sama ada hak (keadilan) akan melepaskannya atau kezaliman akan mengikatnya”
[Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4783]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs