TEKS BAHASA ARAB
لا تسكنوهن الغرف، ولا تعلموهن الكتابة، وعلموهن المغزل وسورة النور.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu tempatkan wanita di bilik dan jangan pula ajarkan mereka tulisan, tetapi ajarkanlah untuk mereka jahitan dan surah An Nur.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 929, hadis nombor 4775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((لا تسكنوهن الغرف، ولا تعلموهن الكتابة، وعلموهن المغزل وسورة النور)).
[ابن حبان في ((الضعفاء))، خط، هب، ((الضعيفة)) (2017)].
(Palsu)
Diriwayatkan daripada Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu tempatkan wanita di bilik dan jangan pula ajarkan mereka tulisan, tetapi ajarkanlah untuk mereka jahitan dan surah An Nur.
[Riwayat Ibn Hayyan dalam al-Duafa’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, dan Ibnu Hibban dalam Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2017].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.