Janganlah kamu tempatkan isteri kamu di dalam bilik-bilik, janganlah ajar kepada mereka menulis,

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا تسكنوهن الغرف ولا تعلموهن الكتابة وعلموهن المغزل وسورة النور


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Janganlah kamu tempatkan isteri kamu di dalam bilik-bilik, janganlah ajar kepada mereka menulis, tetapi ajarlah mereka menjahit dan surah an-Nur.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 126-127, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: محمد بن إبراهيم الشامي. كان يضع الحديث.
وقد أخرجه الحاكم في المستدرك من غير طريقه وقال: صحيح الإسناد.
وتعقبه ابن حجر في أطرافه فقال: إن في إسناد الحاكم عبد الوهاب بن الضحاك وهو متروك.
وقد روى سعيد بن منصور عن مجاهد قال: قال رسول الله صلى الله
عليه وآله وسلم: علموا رجالكم سورة المائدة، وعلموا نسائكم سورة النور.
وروى البيهقي في الشعب عن عمر بن الخطاب أنه كتب: تعلموا سورة براءة وعلموا نساءكم سورة النور.
وروى ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا: لا تعلموا نسائكم الكتابة ولا تسكنوهن العلالي. وقال: خير لهو المؤمن: السباحة، وخير لهو المؤمنة: المغزل.
وفي إسناده: جعفر بن نصر، يحدث عن الثقات بالبواطيل.
وقد روى أبو نعيم من حديث أنس: نعم لهو المرأة مغزلها.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Ibrahim al-Syami seorang pereka hadith palsu.
Al-Hakim meriwayatkan di dalam al-Mustadrak bukan melalui jalan al-Khatib dan beliau berkata: Sanadnya sahih.
Ibn Hajar memberi komentar di dalam kitab Atrafnya: Sesungguhnya pada sanad al-Hakim terdapat perawi bernama Abdul Wahhab bin al-Dhahak yang dihukumkan sebagai matruk.
Said bin Mansur meriwayatkan daripada Mujahid berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ajarlah lelaki-lelaki kamu surah al-Maidah, dan ajarkanlah isteri-isteri kamu surah al-Nur.
Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam al-Syu’ab daripada Umar bin al-Khattab bahawa beliau memerintahkan untuk belajar surah al-Baraah dan ajarlah isteri kamu surah al-Nur.
Ibn Adi meriwayatkan daripada Abdullah Bin Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah ajar kepada isteri kamu menulis. Janganlah tempatkan mereka di bilik tingkat paling atas rumah. Beliau berkata: Sebaik keseronokan lelaki adalah berenang, sebaik keseronokan wanita adalah benangnya (menjahit).
Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Ja’far bin Nasr meriwayatkan daripada perawi yang terpercaya dengan hadith-hadith bathil. Abu Nuaim meriwayatkan daripada hadith Anas, sebaik-baik keseronokan wanita adalah benang (menjahit).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon