Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لا تسكنوهن الغرف ولا تعلموهن الكتابة وعلموهن المغزل وسورة النور
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Janganlah kamu tempatkan isteri kamu di dalam bilik-bilik, janganlah ajar kepada mereka menulis, tetapi ajarlah mereka menjahit dan surah an-Nur.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 126-127, hadis no. 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: محمد بن إبراهيم الشامي. كان يضع الحديث. وقد أخرجه الحاكم في المستدرك من غير طريقه وقال: صحيح الإسناد. وتعقبه ابن حجر في أطرافه فقال: إن في إسناد الحاكم عبد الوهاب بن الضحاك وهو متروك. وقد روى سعيد بن منصور عن مجاهد قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: علموا رجالكم سورة المائدة، وعلموا نسائكم سورة النور. وروى البيهقي في الشعب عن عمر بن الخطاب أنه كتب: تعلموا سورة براءة وعلموا نساءكم سورة النور. وروى ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا: لا تعلموا نسائكم الكتابة ولا تسكنوهن العلالي. وقال: خير لهو المؤمن: السباحة، وخير لهو المؤمنة: المغزل. وفي إسناده: جعفر بن نصر، يحدث عن الثقات بالبواطيل. وقد روى أبو نعيم من حديث أنس: نعم لهو المرأة مغزلها.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Ibrahim al-Syami seorang pereka hadith palsu. Al-Hakim meriwayatkan di dalam al-Mustadrak bukan melalui jalan al-Khatib dan beliau berkata: Sanadnya sahih. Ibn Hajar memberi komentar di dalam kitab Atrafnya: Sesungguhnya pada sanad al-Hakim terdapat perawi bernama Abdul Wahhab bin al-Dhahak yang dihukumkan sebagai matruk. Said bin Mansur meriwayatkan daripada Mujahid berkata: Rasulullah SAW bersabda: ajarlah lelaki-lelaki kamu surah al-Maidah, dan ajarkanlah isteri-isteri kamu surah al-Nur. Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam al-Syu’ab daripada Umar bin al-Khattab bahawa beliau memerintahkan untuk belajar surah al-Baraah dan ajarlah isteri kamu surah al-Nur. Ibn Adi meriwayatkan daripada Abdullah Bin Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah ajar kepada isteri kamu menulis. Janganlah tempatkan mereka di bilik tingkat paling atas rumah. Beliau berkata: Sebaik keseronokan lelaki adalah berenang, sebaik keseronokan wanita adalah benangnya (menjahit). Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Ja’far bin Nasr meriwayatkan daripada perawi yang terpercaya dengan hadith-hadith bathil. Abu Nuaim meriwayatkan daripada hadith Anas, sebaik-baik keseronokan wanita adalah benang (menjahit).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman