Janganlah kamu sering duduk bersama dengan anak-anak orang kaya

TEKS BAHASA ARAB

لا تُجَالِسُوا أَوْلادَ الأَغْنِيَاءِ فَإِنَّ فِتْنَتَهُمْ أَشَدُّ مِنْ فِتْنَةِ الْعَذَارَى. وروى: لا تملؤا أَعْيُنَكُمْ مِنْ أَبْنَاءِ الْمُلُوكِ، فَإِنَّ لَهُمْ فِتْنَةً أَشَدَّ مِنْ فِتْنَةِ النساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu sering duduk bersama dengan anak-anak orang kaya, sesungguhnya fitnah mereka kepada kamu lebih dahsyat daripada fitnah wanita.Dalam riwayat lain menyebut: Janganlah memenuhkan mata kamu daripada anak-anak pemimpin (jangan sering mendekati mereka), sesungguhnya fitnah mereka kepada kamu lebih dahsyat daripada fitnah wanita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 206, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو مَوْضُوعٌ. وَفِي لَفْظٍ: لا تُجَالِسُوا أَبْنَاءَ الْمُلُوكِ، فَإِنَّ الأَنْفُسَ تَشْتَاقُ إليهم ما لا تشتاق إلى الجوارى العواتق. وفي إسناده: كذاب.

Hadith ini palsu. Pada lafaz lain: Janganlah kamu sering duduk bersama anak-anak pemimpin sesungguhnya jiwa itu rindu kepada mereka apa yang tidak dirindui kepada hamba-hamba wanita sahaya. Pada sanad hadith ini ada pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs