Janganlah kamu sekali-kali tergesa-gesa kepada sesuatu dengan kamu menyangka jika kamu tergesa-gesa, kamu sempat mendapatkannya, sekalipun Allah tidak mentakdirkan hal itu

TEKS BAHASA ARAB

لا تعجلن إلى شيء تظن أنك إن استعجلت إليه أنك مدركه، وإن كان الله لم يقدر ذلك، ولا تستأخرن عن شيء تظن أنك إن استأخرت عنه أنه مدفوع عنك، وإن كان الله [قد] قدره عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu sekali-kali tergesa-gesa kepada sesuatu dengan kamu menyangka jika kamu tergesa-gesa, kamu sempat mendapatkannya, sekalipun Allah tidak mentakdirkan hal itu. Jangan pula sekali-kali kamu melambatkan sesuatu perkara dengan kamu menyangka jika kamu melambatkannya, kamu akan terjauh daripadanya, sekalipun Allah [sudahpun] mentakdirkannya untukmu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 511-512, hadis nombor 2721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معاوية – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا تعجلن إلى شيء تظن أنك إن استعجلت إليه أنك مدركه، وإن كان الله لم يقدر ذلك، ولا تستأخرن عن شيء تظن أنك إن استأخرت عنه أنه مدفوع عنك، وإن كان الله [قد] قدره عليك». [طس، ((الضعيفة)) (5316)].

(Sangat Lemah) Daripada Mu’awiyah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah kamu sekali-kali tergesa-gesa kepada sesuatu dengan kamu menyangka jika kamu tergesa-gesa, kamu sempat mendapatkannya, sekalipun Allah tidak mentakdirkan hal itu. Jangan pula sekali-kali kamu melambatkan sesuatu perkara dengan kamu menyangka jika kamu melambatkannya, kamu akan terjauh daripadanya, sekalipun Allah [sudahpun] mentakdirkannya untukmu." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5316].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs