TEKS BAHASA ARAB
حديث: لا تمارضوا فتمرضوا ولا تحفروا قبوركم فتموتوا فتدخلوا النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Janganlah kamu saling menyakiti, kamu akan sakit dan janganlah kamu menggali kubur-kubur kamu, jika kamu mati akan masuk ke dalam neraka.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 220, hadis nombor 699. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن الديبع: لا أصل له.
Ibn al-Daiba’ berkata: Tiada asalnya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.