Janganlah kamu perbanyakkan keresahanmu, apa yang telah ditakdirkan pasti akan berlaku

TEKS BAHASA ARAB

لا تكثر همك؛ ما قدر يكن، وما ترزق يأتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu perbanyakkan keresahanmu, apa yang telah ditakdirkan pasti akan berlaku dan apa yang direzekikan untukmu pasti akan datang kepadamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 496, hadis nombor 2660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود –رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا تكثر همك؛ ما قدر يكن، وما ترزق يأتك)). [الحرفي في ((عشر مجالس من الأمالي))، هب، اللالكائي، الأصبهاني، ابن عساكر، فر، ((الضعيفة)) (4792)].

(Lemah)
Daripada Ibn Ma‘sud RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu perbanyakkan keresahanmu, apa yang telah ditakdirkan pasti akan berlaku dan apa yang direzekikan untukmu pasti akan datang kepadamu.
[Riwayat al-Harfi dalam kitab ‘Ashr Majalis min al-Amali, al-Baihaqi dalam al-Shu‘ab, al-Lalaka’i, al-Asbahani, Ibn ‘Asakir dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4792].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs