Janganlah kamu merasa kagum dengan orang yang menggunakan dua tangannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يعجبنك رحب الذراعين يسفك الدماء فإن له عند الله قاتلا لا يموت . ولا يعجبنك امرؤ كسب مالا من حرام . . فإنه إن أنفقه وتصدق به لم يقبل منه ، وإن تركه لم يبارك له فيه ، وإن بقي منه شيء كان زاده إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu merasa kagum dengan orang yang menggunakan dua tangannya menumpahkan darah, kerana baginya di sisi Allah ada pembunuh yang tidak mati. Janganlah kamu merasa kagum dengan orang yang mengambil harta dari yang haram, kerana jika dia menginfakkannya dan bersedekah dengannya, tidak diterima (amalannya) itu, jika dia meninggalkannya, tidak diberkati padanya. Jika ada yang masih berbaki, maka ia adalah bekalannya menuju neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 641, hadis nombor 3321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف جدا) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «لا يعجبتك رحب الذراعين يسفك الدماء؛ فإن له عند الله قاتلا لا يموت. ولا يعجبنك امرؤ كسب مالا من حرام… فإنه إن أنفقه وتصدق به؛ لم يقبل منه، وإن تركه؛ لم يبارك له فيه، وإن بقي منه شيء؛ كان زاده إلى النار». [الطبالي، هب، طب، الضعيفة (6856)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu merasa kagum dengan orang yang menggunakan dua tangannya menumpahkan darah, kerana baginya di sisi Allah ada pembunuh yang tidak mati. Janganlah kamu merasa kagum dengan orang yang mengambil harta dari yang haram, kerana jika dia menginfakkannya dan bersedekah dengannya, tidak diterima (amalannya) itu, jika dia meninggalkannya, tidak diberkati padanya. Jika ada yang masih berbaki, maka ia adalah bekalannya menuju neraka.” [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6856]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.