Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَعُدْ مَنْ لَا يَعُودُكَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu menziarahi orang yang tidak menziarahi kamu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 105, hadis no. 510. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام ابن وهب، وقال الإمام أحمد لابنه، وقد قال له: "إن جارنا مرض أفلا نعوده"، فقال: "ما عادني فنعوده". وهذا محمول منهم على التأديب والتقويم لا المكافأة، وإلا ففي السنة ما يعارضه كما يعلم بمراجعة الأصل.
Bersumberkan ucapan Ibn Wahd. Al-Imam Ahmad turut mengatakan kepada anak beliau ketika anak beliau berkata: "Sesungguhnya jiran kita sakit, mengapa kita tidak menziarahinya", lalu Ahmad menjawab: "Sesiapa yang menziarahiku, maka kita akan menziarahinya". Ucapan ini bersumberkan daripada mereka sebagai cara mendidik dan membetulkan (sikap) bukannya sebagai membalas, kerana ajaran yang terdapat dalam Sunnah adalah bercanggah dengan kenyataan tersebut sebagaimana boleh diketahui dengan merujuk kepada asal.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman