Janganlah kamu bersungguh ingin menang debat

TEKS BAHASA ARAB

لا تجار أخاك ولا تشاره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu bersungguh ingin menang debat dengan saudara kamu dan janganlah kamu berbuat jahat terhadapnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 93, hadis nombor 473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)

عن حريث بن عمر – رضي الله عنه – رفعه: لا تجار أخاك ولا تشاره.

[الخطابي في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (4773)]

(Lemah)
Daripada Ḥurayth ibn ‘Amr RA, beliau memarfū‘kan (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Janganlah kamu bersungguh ingin menang debat dengan saudara kamu dan janganlah kamu berbuat jahat terhadapnya.”
[Riwayat al-Khaṭṭābī dalam al-Gharīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4773]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs