Janganlah kamu menzalimi saudara kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا تجار أخاك ولا تشاره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menzalimi saudara kamu, dan janganlah kamu melakukan kejahatan terhadapnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis nombor 1146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حريث بن عمرو – رضي الله عنه – يرفعه: ((لا تجار أخاك ولا تشاره)). [الخطابي في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (4773)]

(Lemah)
Daripada Harith bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu menzalimi saudara kamu, dan janganlah kamu melakukan kejahatan terhadapnya.
[Riwayat al-Khattabi dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4773]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs