Janganlah kamu menzahirkan celaan kepada saudara kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا تظهر الشماتة لأخيك؛ فيرحمه الله ويبتليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menzahirkan celaan kepada saudara kamu, kerana Allah SWT akan merahmatinya dan memberi bala kepada kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 104, hadis nombor 537. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن واثلة بن الأسقع -رضي الله عنه- عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: لا تظهر الشماتة لأخيك؛ فيرحمه الله ويبتليك.
[ت، حل، خط، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، أبو الحسن الحربي في ((الأمالي))، ابن الأعرابي، الماليني في ((الأربعين))، الطبراني في ((المنتقى منه))، هب، الخطيب في ((الموضح))، القضاعي، أبو جعفر الطوسي في ((الأمالي))، ابن حبان في ((المجروحين))، ((الضعيفة)) (5426)]

(Lemah)
Daripada Wāthilah ibn al-Asqa‘ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu menzahirkan celaan kepada saudara kamu, kerana Allah SWT akan merahmatinya dan memberi bala kepada kamu.
[Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, Al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, al-Mukhalliṣ dalam al-Fawā’id al-Muntaqāh, Abū al-Ḥasan al-Harbī dalam al-Amālī, Ibn al-A‘rābī dalam Mu‘jamnya, Al-Mālīnī dalam al-Arba‘īn, al-Ṭabarānī dalam al-Muntaqā Minh, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab, al-Khaṭīb dalam al-Muḍīḥ, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, Abū Ja‘far al-Ṭūsī dalam al-Amālī dan Ibn Ḥibbān dalam al-Majrūḥīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5426]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs