Janganlah kamu menyebut surah al-Baqarah Surah Ali Imran dan surah al-Nisa

TEKS BAHASA ARAB

لا تقولوا:سورة {البقرة} ، ولا: سورة {آل عمران} ، ولا: سورة {النساء} ، ولكن قولوا: السورة التي يذكر فيها البقرة، و: السورة التي يذكر فيها آل عمران، و: السورة التي يذكر فيها النساء، وكذلك القرآن كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menyebut surah al-Baqarah, Surah Ali Imran dan surah al-Nisa tetapi sebutlah, surah yang padanya disebut al-Baqarah, surah yang disebut di dalamnya Ali Imran dan surah yang disebut padanya al-Nisa, dan begitulah al-Quran semuanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1603, hadis nombor 8088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((لا تقولوا: سورة {البقرة}، ولا: سورة {آل عمران}، ولا: سورة {النساء}، ولكن قولوا: السورة التي يذكر فيها البقرة، و: السورة التي يذكر فيها آل عمران، و: السورة التي يذكر فيها النساء، وكذلك القرآن كله)). [طس، ابن حجر في ((النتائج))، ((الضعيفة)) (6608)].

(Munkar)
Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Janganlah kamu menyebut surah al-Baqarah, Surah Ali Imran dan surah al-Nisa tetapi sebutlah, surah yang padanya disebut al-Baqarah, surah yang disebut di dalamnya Ali Imran dan surah yang disebut padanya al-Nisa, dan begitulah al-Quran semuanya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan Ibn Hajar dalam Nataij. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6608].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs