Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تمسحْ يدَكَ بثوبِ من لاَّ تكسوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu menyapu tanganmu dengan pakaian orang lain yang kamu tidak memakaikannya.
Sahabat Perawi
- Abu Bakrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 889, hadis no. 4562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي بكرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا تمسح يدك بثوب من لا تكسوه)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان)) خط، ((الضعيفة)) (4796)].
(Sangat lemah) Daripada Abu Bakrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Janganlah kamu menyapu tanganmu dengan pakaian orang lain yang kamu tidak memakaikannya.” [Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4796].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman