Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تُعَزِّرُوا فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu menjatuhkan hukuman ta’zir lebih dari 10 sebatan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 827, hadis no. 4246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تعزروا فوق عشرة أسواط)). [ه، ((الضعيفة)) (6960)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu menjatuhkan hukuman ta’zir lebih dari 10 sebatan. [Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6960]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman