Janganlah kamu menjamin haiwan yang sesat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يضمن أحدكم ضالة ، ولا يردن سائلا ؛ إن كنتم تحبون الربح والسلامة . وقال لقوم سفر : لا يصحبنكم ضلال من هذه النعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menjamin haiwan yang sesat. Dan janganlah kamu memulangkan orang yang mencarinya; sekiranya kamu mahukan keuntungan dan keselamatan.” Dan Baginda berkata kepada satu kumpulan yang mahu bermusafir: “Janganlah kamu diikuti oleh haiwan ternakan yang sesat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 556, hadis nombor 2894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ريطة كرامة المذحجي – رضي الله عنه – قال: كنا جلوسا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: ((لا يضمن أحدكم ضالة، ولا يردن سائلا؛ إن كنتم تحبون الربح والسلامة. وقال لقوم سفر: لا يصحبنكم ضلال من هذه النعم)).
[الدولابي، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6157)]

(Lemah)
Daripada Abu Raitah Karamah al-Mazhijiy RA, beliau berkata: Kami pernah duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW lalu baginda berkata: “Janganlah kamu menjamin haiwan yang sesat. Dan janganlah kamu memulangkan orang yang mencarinya; sekiranya kamu mahukan keuntungan dan keselamatan.” Dan Baginda berkata kepada satu kumpulan yang mahu bermusafir: “Janganlah kamu diikuti oleh haiwan ternakan yang sesat.”
[Riwayat al-Dulabi dalam kitab al-Kuna wal Asma’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Asakir dalam kitab Tarikh Dimashq. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.