TEKS BAHASA ARAB
لا تكن فتانا، ولا مختالا، ولا تاجرا إلا تاجر خير؛ فإن أولئك المسبوقون في العمل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu menjadi orang yang selalu menimbulkan kekacauan, bukan juga orang yang sombong takbur, bukan juga seorang saudagar melainkan saudagar kebaikan, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang yang ketinggalan pada amalan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 512, hadis nombor 2722. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – (وفيه قصة) قال رسول الله ﷺ: «لا تكن فتانا، ولا مختالا، ولا تاجرا إلا تاجر خير؛ فإن أولئك المسبوقون في العمل». [الطيالسي، حم، عم، ((الضعيفة)) (5447)].
(Lemah) Daripada Ali bin Abu Talib RA (ada kisah padanya), Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah kamu menjadi orang yang selalu menimbulkan kekacauan, bukan juga orang yang sombong takbur, bukan juga seorang saudagar melainkan saudagar kebaikan, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang yang ketinggalan pada amalan.” [Riwayat at-Tayalisi dalam Musnadnya , Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan Abdullah bin Ahmad dalam kitab Zawa’id al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5447].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.