Janganlah kamu menjadi golongan yang kuat menimbulkan kekacauan

TEKS BAHASA ARAB

لا تكن فتانا، ولا مختالا، ولا تاجرا إلا تاجر خير؛ فإن أولئك المسبوقون في العمل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menjadi golongan yang kuat menimbulkan kekacauan, bongkak, dan jangan menjadi peniaga melainkan peniaga yang baik. Maka sesungguhnya mereka ialah golongan yang ketinggalan dalam beramal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 104, hadis nombor 538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- (وفيه قصة)، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: لا تكن فتاناً، ولا مختالاً، ولا تاجراً إلا تاجر خير؛ فإن أولئك المسبوقون في العمل.
[الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (5447)]

(Lemah)
Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu menjadi golongan yang kuat menimbulkan kekacauan, bongkak, dan jangan menjadi peniaga melainkan peniaga yang baik. Maka sesungguhnya mereka ialah golongan yang ketinggalan dalam beramal.
[Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya, Aḥmad dalam Al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5447]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs