Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تكن فَتَّانًا، ولا مُختالًا، ولا تاجرًا إلا تاجرَ خيرٍ؛ فإن أولئك المسبوقون في العملِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu menjadi golongan yang kuat menimbulkan kekacauan, bongkak, dan jangan menjadi peniaga melainkan peniaga yang baik. Maka sesungguhnya mereka ialah golongan yang ketinggalan dalam beramal.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 104, hadis no. 538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- (وفيه قصة)، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: لا تكن فتاناً، ولا مختالاً، ولا تاجراً إلا تاجر خير؛ فإن أولئك المسبوقون في العمل. [الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (5447)]
(Daif) Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu menjadi golongan yang kuat menimbulkan kekacauan, bongkak, dan jangan menjadi peniaga melainkan peniaga yang baik. Maka sesungguhnya mereka ialah golongan yang ketinggalan dalam beramal. [Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya, Aḥmad dalam Al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5447]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman