Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kamu meniup

Teks Bahasa Arab

لا تنفخ؛ فإن النفخ كلام.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kamu lakukan, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada anak kecilnya Rabah: Janganlah kamu meniup, sesungguhnya tiupan itu adalah bicara.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 316, hadis no. 1667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم سلمة –رضي الله عنها- أنها قالت لذي قرابة لما قام فصلى فنفخ: لا تفعل؛ فإني سمعت رسول الله - ﷺ - يقول لغلامه رباح: ((لا تنفخ؛ فإن النفخ كلام)). [ ابن راهويه، ((الضعيفة)) (5485) ]

(Munkar) Dari Ummu Salamah RA bahawa dia telah berkata kepada seorang ahli keluarga dekat ketika dia berdiri lalu dia solat lalu dia meniup: Janganlah kamu lakukan, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada anak kecilnya Rabah: Janganlah kamu meniup, sesungguhnya tiupan itu adalah dikira berbicara. [Riwayat Ibn Rahuyah dalam Kitab Musnad-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5485]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.