Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَدَعُوا صلاةَ الليلِ ولو حَلْبَ شاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu meninggalkan solat malam (solat tahajjud) sekalipun dengan kadar (tempoh masa) memerah susu kambing.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis no. 1341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا تدعوا صلاة الليل ولو حلب شاة)). [طس، ((الضعيفة)) (2313)]
(Daif) Daripada Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu meninggalkan solat malam (solat tahajjud) sekalipun dengan kadar (tempoh masa) memerah susu kambing. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2313]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman