Janganlah kamu mengubah uban ini, barang siapa yang mengubahnya kerana suatu yang tidak dapat dielakkan maka hendaklah mengubah warnanya dengan menggunakan inai dan al-Katam (sejenis inai) sahaja

TEKS BAHASA ARAB

لا تغيروا هذا الشيب، فمن كان مغيرا لا محالة، فبالحناء والكتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mengubah uban ini, barang siapa yang mengubahnya kerana suatu yang tidak dapat dielakkan maka hendaklah mengubahnya dengan inai dan al-Katam (sejenis inai) sahaja.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1650-1651, hadis nombor 8342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((لا تغيروا هذا الشيب، فمن كان مغيراً لا محالة، فبالحناء والكتم)). [الطبري في ((تهذيب الآثار))، عد، ((الضعيفة)) (6603)].

(Munkar)
Daripada Anas RA berkata: Nabi SAW telah bersabda : ((Janganlah kamu mengubah uban ini, barang siapa yang mengubahnya kerana suatu yang tidak dapat dielakkan maka hendaklah menggunakan inai dan al-Katam (sejenis inai) sahaja)).
[Riwayat al-Tabari dalam Tahzib al-Athar dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6603].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs