Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تُغَيِّرُواْ هَذَا الشَّيْبَ فَمَنْ كَانَ مُغيِّرًا لَا مَحَالَةَ فَبِالْحِنَّاءِ وَالْكَتَمِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu mengubah uban ini, barang siapa yang mengubahnya kerana suatu yang tidak dapat dielakkan maka hendaklah mengubahnya dengan inai dan al-Katam (sejenis inai) sahaja.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1650-1651, hadis no. 8342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((لا تغيروا هذا الشيب، فمن كان مغيراً لا محالة، فبالحناء والكتم)). [الطبري في ((تهذيب الآثار))، عد، ((الضعيفة)) (6603)].
(Munkar) Daripada Anas RA berkata: Nabi SAW telah bersabda : ((Janganlah kamu mengubah uban ini, barang siapa yang mengubahnya kerana suatu yang tidak dapat dielakkan maka hendaklah menggunakan inai dan al-Katam (sejenis inai) sahaja)). [Riwayat al-Tabari dalam Tahzib al-Athar dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6603].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman