Janganlah kamu mengingatkanku ketika tiga situasi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تذكروني عند ثلاث: تسمية الطعام، وعند الذبح، وعند العطاس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mengingatkanku ketika tiga situasi iaitu ketika membaca Basmalah sewaktu makan, ketika sembelihan dan ketika bersin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1411, hadis nombor 7159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن زيد العمي رضي الله عنه مرفوعا: لا تذكروني عند ثلاث: تسمية الطعام، وعند الذبح، وعند العطاس.
[هق، ((الضعيفة)) (539)]

(Palsu)
Daripada Zaid al-‘Ammi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu mengingatkanku ketika tiga situasi iaitu ketika membaca Basmalah sewaktu makan, ketika sembelihan dan ketika bersin.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.539 ]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.