Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تذكُروني عندَ ثلاثٍ : تَسميةِ الطَّعامِ ، وعندَ الذَّبحِ ، وعندَ العَطسِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu mengingatkanku ketika tiga situasi iaitu ketika membaca Basmalah sewaktu makan, ketika sembelihan dan ketika bersin.
Sahabat Perawi
- Zaid al-'Ammi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1411, hadis no. 7159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن زيد العمي رضي الله عنه مرفوعا: لا تذكروني عند ثلاث: تسمية الطعام، وعند الذبح، وعند العطاس. [هق، ((الضعيفة)) (539)]
(Palsu) Daripada Zaid al-'Ammi RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu mengingatkanku ketika tiga situasi iaitu ketika membaca Basmalah sewaktu makan, ketika sembelihan dan ketika bersin. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.539 ]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman