Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kamu mengharapkan kematian, kerana sesungguhnya kesakitan pada waktu hampirnya kematian itu sangat dahsyat

Teks Bahasa Arab

لا تمنَّوا الموتَ، فإنَّ هولَ المطَّلَعِ شديدٌ، وإنَّ من السَّعادةِ أن يطولَ عمر العَبدِ ويرزقُه اللهُ الإنابةَ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kamu mengharapkan kematian, kerana sesungguhnya kesakitan pada waktu hampirnya kematian itu sangat dahsyat. Sesungguhnya di antara kebahagiaan seorang hamba adalah apabila dipanjangkan umurnya dan Allah memberinya peluang untuk bertaubat (kepada Allah).

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1722, hadis no. 8655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا تمنوا الموت، فإن هول المطلع شديد، وإن من السعادة أن يطول عمر العبد، ويرزقه الله الإنابة.)) [حم، ((الضعيفة)) (885)].

(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Janganlah kamu mengharapkan kematian, kerana sesungguhnya kesakitan pada waktu hampirnya kematian itu sangat dahsyat. Sesungguhnya di antara kebahagiaan seorang hamba adalah apabila dipanjangkan umurnya dan Allah memberinya peluang untuk bertaubat (kepada Allah).)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dai'fah no. 885].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.