Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تمنَّوا الموتَ، فإنَّ هولَ المطَّلَعِ شديدٌ، وإنَّ من السَّعادةِ أن يطولَ عمرَ العَبدِ، ويرزقُه اللهُ الإنابةَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu mengharapkan kematian kerana kematian itu amat sakit. Sesungguhnya antara kebahagiaan seorang hamba itu ialah apabila dipanjangkan umurnya sehingga Allah memberinya peluang untuk bertaubat.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1975, hadis no. 9878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبدالله -رضي الله عنهما- مرفوعا: «لا تمنوا الموت، فإنه هول المطلع شديد، وإن من السعادة أن يطول عمر العبد، ويرزقه الله الإنابة». [حم، «الضعيفة» (775، 4979)].
(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu mengharapkan kematian kerana kematian itu amat sakit. Sesungguhnya antara kebahagiaan seorang hamba itu ialah apabila dipanjangkan umurnya sehingga Allah memberinya peluang untuk bertaubat. [Riwayat Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 775, 4979].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman