Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُفقِّع أصابعَك وأنت في الصلاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu mengetap jari-jemari kamu dalam keadaan kamu sedang solat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 94, hadis no. 479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: لا تفقع أصابعك وأنت في الصلاة. [ه، ((الضعيفة)) (4787)]
(Daif) Daripada ‘Alī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘’Janganlah kamu mengetap jari-jemari kamu dalam keadaan kamu sedang solat.” [Riwayat Ibn Mājah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4787]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman