Janganlah kamu mengeji Quraisy sesungguhnya ilmu orang yang alim dari kalangannya memenuhi seluruh pelosok bumi

TEKS BAHASA ARAB

لا تسبوا قريشا، فإن عالمها يملأ طباق الأرض علما اللهم إنك أذقت أولها عذابا أو وبالا، فأذق آخرها نوالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mengeji Quraisy sesungguhnya ilmu orang yang alim dari kalangannya memenuhi seluruh pelosok bumi. Ya Allah, Engkau menjadikan mereka (kaum Quraisy) pada awalnya azab atau beban yang berat, maka berikan mereka pemberian yang banyak nanti.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis nombor 8972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعاً: «لا تسبوا قريشاً، فإن عالمها يملأ طباق الأرض علمًا، اللهم إنك أذقت أولها عذاباً أو وبالا، فأذق آخرها نوالاً». [الطيانسي، حل، خط، ابن عساكر، ي في الحجة القرب»، الضعيفة» (398)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda: Janganlah kamu mengkeji Quraisy sesungguhnya ilmu orang yang alim dari kalangannya memenuhi seluruh pelosok bumi. Ya Allah, Engkau menjadikan mereka (kaum Quraisy) pada awalnya azab atau beban yang berat, maka berikan mereka pemberian yang banyak nanti. [Riwayat Al-Toyalisi, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliyat, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, Ibn ‘Asakir, al-Iraqi dalam Mahajjah al-Qorb. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 398]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.