Janganlah kamu mengatakan: Surah al-Baqarah, begitu juga surah Aali ‘Imran, dan surah al-Nisa’

TEKS BAHASA ARAB

لا تقولوا:سورة {البقرة} ، ولا: سورة {آل عمران} ، ولا: سورة {النساء} ، ولكن قولوا: السورة التي يذكر فيها البقرة، والسورة التي يذكر فيها آل عمران، والسورة التي يذكر فيها النساء، وكذلك القرآن كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mengatakan: Surah al-Baqarah, begitu juga surah Aali ‘Imran, dan surah al-Nisa’. Akan tetapi, katakanlah: Surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan lembu betina, surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan keluarga ‘Imran, dan surah yang disebutkan di dalamnya tentang wanita. Demikian jugalah pada keseluruhan al-Quran.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 244, hadis nombor 1278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لا تقولوا: سورة {البقرة}، ولا سورة {آل عمران}، ولا سورة {النساء}، ولكن قولوا: السورة التي تذكر فيها البقرة، والسورة التي يذكر فيها آل عمران، والسورة التي يذكر فيها النساء، وكذلك القرآن كله)). [طس، ابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (6608)]

(Munkar)
Daripada Anas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu mengatakan: Surah al-Baqarah, begitu juga surah Aali ‘Imran, dan surah al-Nisa’. Akan tetapi, katakanlah: Surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan lembu betina, surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan keluarga ‘Imran, dan surah yang disebutkan di dalamnya tentang wanita. Demikian jugalah pada keseluruhan al-Quran.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Hajar dalam Nata’ij al-Afkar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 6608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs