Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تقولوا سورةُ البقرةِ، ولا سورةُ آلِ عمرانَ، ولا سورةُ النِّساءِ، ولَكنْ قولوا السُّورةُ الَّتي يُذْكرُ فيها البقرةُ، والسُّورةُ الَّتي يُذْكرُ فيها آلُ عمرانَ، والسُّورةُ الَّتي يُذْكرُ فيها النِّساءِ، وَكذلِكَ القرآنُ كلُّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu mengatakan : Surah al-Baqarah, begitu juga surah Aali ‘Imran, dan surah al-Nisa’. Akan tetapi, katakanlah: Surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan al-Baqarah, surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan Aali ‘Imran, dan surah yang disebutkan di dalamnya tentang al-Nisa’. Demikian jugalah pada keseluruhan al-Quran.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 244, hadis no. 1278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Anas ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Janganlah kamu mengatakan : Surah al-Baqarah, begitu juga surah Aali ‘Imran, dan surah al-Nisa’. Akan tetapi, katakanlah: Surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan al-Baqarah, surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan Aali ‘Imran, dan surah yang disebutkan di dalamnya tentang al-Nisa’. Demikian jugalah pada keseluruhan al-Quran. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath, Ibn Hajar dalam Nata’ij al-Afkar, al-Dha‘īfah; no. 6608].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman