Janganlah kamu mengatakan Ramadhan kerana sesungguhnya ramadhan adalah nama daripada Nama-Nama Allah

TEKS BAHASA ARAB

لا تقولوا رمضان فإن رمضان اسم من أسماء الله تعالى. ولكن قولوا: شهر رمضان.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Janganlah kamu mengatakan Ramadhan kerana sesungguhnya ramadhan adalah nama daripada Nama-Nama Allah yang mulia akan tetapi hendaklah kamu menyebut bulan ramadhan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 87, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar pentahqiq kitab ini iaitu, ‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimi al-Yamānī (m.1386) رحمه الله, terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: محمد بن أبي معشر.
ورواه تمام في فوائده من حديث ابن عمر من غير طريق أبي معشر (1) وأخرجه ابن النجار من حديث عائشة (2).

(1) في سنده من لم أجده، وهو مع ذلك منقطع
(2) سنده مظلم، وهو موضوع بلا ريب

Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu (disandar kepada Nabi) dan di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Abi Ma‘syar (1).

Tammam meriwayatkan di dalam Fawaidnya daripada hadith Ibn Umar daripada jalur selain jalur Abi Ma‘syar. Ibn Najjar meriwayatkan daripada hadith Aisyah RA (2).
—————————–
1- Pada sanadnya orang yang aku tidak temuinya, dan ia dengan perkara itu terputus sanadnya.
2- Sanadnya kelam, dan ia palsu, tidak syak lagi.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs