Janganlah kamu mengatakan kepada Bani Tamim kecuali kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

لا تقل لبني تميم إلا خيرا؛ فإنهم أطول الناس رماحاً على الدجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mengatakan kepada Bani Tamim kecuali kebaikan kerana mereka adalah orang yang tombaknya paling panjang terhadap al-Dajjal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1965 hadis nombor 9827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عكرمة بن خالد: أن رجلا نال من بني تميم عنده، فأخذ كفاً من حصى؛ ليحصبه، ثم قال عكرمة: حدثني فلان من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم: أن تميماً ذكروا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال رجل: أبطأ هذا الحي من تميم عن هذا الأمر! فنظر رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى مزينة فقال: ما أبطأ قوم هؤلاء منهم. وقال رجل يوماً: أبطأ هؤلاء القوم من تميم بصدقاتهم! قال: فأقبلت نعم حمر وسود لبني تميم، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: هذه نعم قومي. ونال رجل من بني تميم يوماً، فقال: لا تقل لبني تميم إلا خيرا؛ فإنهم أطول الناس رماحاً على الدجال.
[حم، ((الضعيفة)) (6798)]

(Lemah)
Daripada ‘Ikrimah bin Khalid, bahawa seorang lelaki mencela Bani Tamim yang berada di sisinya, lelaki itu mengambil segenggam batu kecil untuk dilemparkan, kemudian ‘Ikrimah berkata: Salah seorang daripada sahabat Nabi SAW menyampaikan kepadaku: Sesungguhnya Bani Tamim pernah disebutkan di sisi Rasulullah SAW. Seorang lelaki berkata: Suku Bani Tamim melambat-lambatkan urusan ini (zakat)! Rasulullah SAW pun melihat kepada suku Mazinah, lalu baginda bersabda: Tidaklah kaum mereka itu melambat-lambatkannya kerana sebab yang berpunca daripada mereka. Pada hari lain pula, seorang lelaki berkata: Mereka daripada kaum itu (Bani Tamim) melambat-lambatkan sedekah mereka! Perawi berkata: Lalu datanglah binatang ternakan merah dan hitam milik Bani Tamim. Nabi SAW pun bersabda: Ini adalah binatang ternakan kaumku. Suatu hari seorang lelaki mencela Bani Tamim ada bersama, lalu Baginda pun bersabda: Janganlah kamu mengatakan kepada Bani Tamim kecuali kebaikan kerana mereka adalah orang yang tombaknya paling panjang terhadap al-Dajjal.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6798]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs