Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kamu mengangkat bekas hingga ia penuh

Teks Bahasa Arab

لا تَرْفَعُوا الطَّسْتَ حتى تَطُفَّ، واجمَعوا وضوءَكم جَمَعَ اللهُ شَمْلَكم.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu mengangkat bekas hingga ia penuh dan kumpulkanlah air wuduk kamu, nescaya Allah menyatukan kamu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199, hadis no. 6088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا ترفعوا الطست حتى تطف، واجمعوا وضوءكم جمع الله شملكم. [القضاعي، هب، ((الضعيفة)) (1553)]

(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu mengangkat bekas hingga ia penuh dan kumpulkanlah air wuduk kamu, nescaya Allah menyatukan kamu. [Riwayat al-Qudha'iy dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1553]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.