TEKS BAHASA ARAB
لا تأخذوا الحديث إلا ممن تجيزون شهادته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu mengambil hadith kecuali daripada orang yang diterima penyaksiannya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1264, hadis nombor 6461. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: لا تأخذوا الحديث إلا ممن تجيزون شهادته.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، خط، ((الضعيفة)) (3090)].
(Batil)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu mengambil hadith kecuali daripada orang yang diterima penyaksiannya.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fi al-Ḍu‘afā’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3090]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.