Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَأْخُذُوا الحديثَ إلا مِمَّنْ تُجِيزُونَ شهادتَه.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu mengambil hadith kecuali daripada orang yang diterima penyaksiannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1264, hadis no. 6461. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: لا تأخذوا الحديث إلا ممن تجيزون شهادته. [ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، خط، ((الضعيفة)) (3090)].
(Batil) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu mengambil hadith kecuali daripada orang yang diterima penyaksiannya. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fi al-Ḍu‘afā’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3090]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman