Batil

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kamu mengambil hadith

Teks Bahasa Arab

لاَ تَأْخُذُوا الحَدِيثَ إِلاَّ عَمَّنْ تُجِيزُونَ شَهَادَتَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kamu mengambil hadith kecuali daripada orang yang boleh diterima penyaksiannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 78, hadis no. 452. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Soleh bin Hassan dan Hafs bin 'Umar, hakim di Bandar Halab (Aleppo). Mereka berdua adalah perawi matruk (ditinggalkan hadithnya). Al-Khatib telah meriwayatkannya dalam al-Kifayah melalui jalur secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW) dan juga mawquf (disandarkan kepada sahabat RA). Ia batil melalui kedua-dua jalur sanad.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.