Janganlah kamu menetap di perkampungan yang jauh dari orang ramai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تسكن الكفور؛ فإن ساكن الكفور كساكن القبور. ولا تأمرن على عشرة؛ فإنه من تأمر على عشرة جاء يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه؛ فكه الحق أو أوبقه الجور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menetap di perkampungan yang jauh dari orang ramai. Ini kerana seseorang yang tinggal di situ seperti seorang penghuni kubur. Janganlah kamu menjadi pemimpin kepada 10 orang. Ini kerana seseorang yang menjadi pemimpin kepada 10 orang akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan tangannya dibelenggu ke bahagian tengkuknya. Ia akan ditanggalkan oleh kebenaran atau dibinasakan oleh kezaliman.

STATUS

Palsu Pada Baris Yang Kedua

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 216, hadis nombor 1149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع الشطر الثاني) عن ثوبان – رضي الله عنه – مولى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مرفوعا: ((لا تسكن الكفور؛ فإن ساكن الكفور كساكن القبور. ولا تأمرن على عشرة؛ فإنه من تأمر على عشرة جاء يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه؛ فكه الحق أو أوبقه الجور)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (4783)]

(Palsu Pada Baris Yang Kedua)
Daripada Thauban RA Rasulullah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu menetap di perkampungan yang jauh dari orang ramai. Ini kerana seseorang yang tinggal di situ seperti seorang penghuni kubur. Janganlah kamu menjadi pemimpin kepada 10 orang. Ini kerana seseorang yang menjadi pemimpin kepada 10 orang akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan tangannya dibelenggu ke bahagian tengkuknya. Ia akan ditanggalkan oleh kebenaran atau dibinasakan oleh kezaliman.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4783]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.