Palsu Pada Baris Yang Kedua
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تسكُنِ الكُفورَ، فإنَّ ساكنَ الكُفورِ كساكنِ القبورِ. ولا تأمَّرنَّ على عشرةٍ ، فإنَّه من تأمَّر على عشرةٍ جاء يومَ القيامةِ مغلولةٌ يدُه إلى عنقِه؛ فكَّه الحقُّ أو أوبَقه الظُّلمُ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu menetap di perkampungan yang jauh dari orang ramai. Ini kerana seseorang yang tinggal di situ seperti seorang penghuni kubur. Janganlah kamu menjadi pemimpin kepada 10 orang. Ini kerana seseorang yang menjadi pemimpin kepada 10 orang akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan tangannya dibelenggu ke bahagian tengkuknya. Ia akan ditanggalkan oleh kebenaran atau dibinasakan oleh kezaliman.
Sahabat Perawi
- Thauban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Pada Baris Yang Kedua
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 216, hadis no. 1149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع الشطر الثاني) عن ثوبان - رضي الله عنه - مولى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - مرفوعا: ((لا تسكن الكفور؛ فإن ساكن الكفور كساكن القبور. ولا تأمرن على عشرة؛ فإنه من تأمر على عشرة جاء يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه؛ فكه الحق أو أوبقه الجور)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (4783)]
(Palsu Pada Baris Yang Kedua) Daripada Thauban RA Rasulullah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu menetap di perkampungan yang jauh dari orang ramai. Ini kerana seseorang yang tinggal di situ seperti seorang penghuni kubur. Janganlah kamu menjadi pemimpin kepada 10 orang. Ini kerana seseorang yang menjadi pemimpin kepada 10 orang akan datang pada hari kiamat kelak dalam keadaan tangannya dibelenggu ke bahagian tengkuknya. Ia akan ditanggalkan oleh kebenaran atau dibinasakan oleh kezaliman. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4783]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman