Daif

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kamu mencela Ma’iz

Teks Bahasa Arab

لا تسُبُّوا ماعزًا. يعني: بعد أن رُجمَ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kamu mencela Ma’iz (salah seorang sahabat). Iaitu: Setelah dia direjam.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Fil

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 83, hadis no. 415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الفيل، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: لا تسبوا ماعزا. يعني: بعد أن رجم. [البزار، ((الضعيفة)) (4133)]

(Daif) Daripada Abu Al-Fil, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Janganlah kamu mencela Ma’iz (salah seorang sahabat). Iaitu: Setelah dia direjam.” [Riwayat Al-Bazzar dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4133]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.