Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَسُبُّو الدنيا؛ فنِعْمَ مَطِيَّةُ المؤمنِ، عليها يَبْلُغُ الخيرَ، وبها يَنْجُو من الشَّرِّ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu mencela dunia; kerana ia sebaik-baik tunggangan bagi orang beriman, di atasnya dia dapat mencapai kebaikan dan dengannya dia akan terselamat daripada syirik (kejahatan).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1359, hadis no. 6932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu mencela dunia; kerana ia sebaik-baik tunggangan bagi orang beriman, di atasnya dia dapat mencapai kebaikan dan dengannya dia akan terselamat daripada syirik (kejahatan). [Riwayat al-Shashi dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Diya' al-Maqdisi dalam Juz Min hadith Abi Nasr al-'Akbari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5420]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman